SAKIT MATA !!!
pernah tak diantara kalian mengalami keadaan di mana bila kalian bangun saja dari tidur , mata kalian berair dan kemerahan ? lebih-lebih lagi untuk kalian yang gemar pakai kanta lekap(contact lens) ataupun gemar menyolek di bahagian mata . kadang-kadang bila terlampau letih , mesti kalian akan terus tidur tanpa menanggalkan kanta lekap dan membersihkan makeup kan ? kalian tahukan mata adalah bahgian yang paling sensitif ! kalau kalian tak ambil kisah tentang mata kalian , kemungkinan besar mata kalian akan dijangkiti kuman . !
JANGKITAN KUMAN BOLEH BERLAKU KERANA BEBERAPA SEBAB :>
pemakaian kanta lekap
kosmetik
MACAM MANA NAK TAHU MATA KALIAN DIJANGKITI . NI TANDA-TANDANYA :
kemerahan dan berlakunya pengeluaran air mata ataupun cecair yang berlendir
rasa kurang selesa seperti ada pasir kat dalam mata
kadang-kadang penglihatan boleh jadi kabur sampai kalian tak dapat nak buka mata yang dijangkiti tu
kalian juga PERLU TAHU jangkitan kuman dan alahan berbeza . alahan akan menyebabkan bahgian mata terasa gatal dan cenderong untuk menggosok mata . tapi jangan bimbang kerana ia tak berjangkit .
Peralatan kosmetik yang menjadi punca jangkitan mata :>
1. PENGGARIS MATA(EYELINER)
kalian tahu tak yang mata pun ada kelumumur ? jika mata tak dijaga , kelumumur akan ada di celah-celah bulu mata . ianya disebabkan jenis kulit , minyak dan kekerapan memakai eye liner .
2. KANTA LEKAP(CONTACT LENS)
bila mata berkedip , mata akan mengeluarkan air mata tujuan untuk membersih dan melembapkan mata tau . ia juga membekalkan nutrisi dan oksigen . apabila mata terkena jangkitan kuman akibat kanta lekap , agak sukar dirawat kerana tiada saluran darah dalam bola mata kita .
3. SOLEKAN(MAKEUP)
jangkitan pada kelopak mata terjadi bila mata tak dibersihkan sesudah disolek . akan menyebabkan pembukaan kelenjar dan lemak berkumpul . lemak yang terkumpul akan menutup liang kelenjar hingga ia tersumbat dan menyebabkan mata bengkak seolah-olah ketumbit . jika dibiarkan membengkak teruk dan melibatkan seluruh kelopak mata kita .
TIPS!! CUCI SOLEKAN MATA!
mencuci mata menggunakan syampu bayi yang diletakkan pada putik kapas . lap kelopak mata perlahan-lahan untuk menanggalkan solekan mata .
P/S sekadar perkongsian ..
suKer?Like~~