Friday 13 January 2012

JANGKITAN KUMAN PADA MATA ..

SAKIT MATA !!!

pernah tak diantara kalian mengalami keadaan di mana bila kalian bangun saja dari tidur , mata kalian berair dan kemerahan ? lebih-lebih lagi untuk kalian yang gemar pakai kanta lekap(contact lens) ataupun gemar menyolek di bahagian mata . kadang-kadang bila terlampau letih , mesti kalian akan terus tidur tanpa menanggalkan kanta lekap dan membersihkan makeup kan ? kalian tahukan mata adalah bahgian yang paling sensitif ! kalau kalian tak ambil kisah tentang mata kalian , kemungkinan besar mata kalian akan dijangkiti kuman . !


JANGKITAN KUMAN BOLEH BERLAKU KERANA BEBERAPA SEBAB :>

:65: pemakaian kanta lekap

:65: kosmetik


MACAM MANA NAK TAHU MATA KALIAN DIJANGKITI . NI TANDA-TANDANYA :


:36: kemerahan dan berlakunya pengeluaran air mata ataupun cecair yang berlendir

:36: rasa kurang selesa seperti ada pasir kat dalam mata

:36: kadang-kadang penglihatan boleh jadi kabur sampai kalian tak dapat nak buka mata yang dijangkiti tu




kalian juga PERLU TAHU jangkitan kuman dan alahan berbeza . alahan akan menyebabkan bahgian mata terasa gatal dan cenderong untuk menggosok mata . tapi jangan bimbang kerana ia tak berjangkit .
Peralatan kosmetik yang menjadi punca jangkitan mata :>
1. PENGGARIS MATA(EYELINER)

:62: kalian tahu tak yang mata pun ada kelumumur ? jika mata tak dijaga , kelumumur akan ada di celah-celah bulu mata . ianya disebabkan jenis kulit , minyak dan kekerapan memakai eye liner .

2. KANTA LEKAP(CONTACT LENS)

:62: bila mata berkedip , mata akan mengeluarkan air mata tujuan untuk membersih dan melembapkan mata tau . ia juga membekalkan nutrisi dan oksigen . apabila mata terkena jangkitan kuman akibat kanta lekap , agak sukar dirawat kerana tiada saluran darah dalam bola mata kita .

3. SOLEKAN(MAKEUP)

:62: jangkitan pada kelopak mata terjadi bila mata tak dibersihkan sesudah disolek . akan menyebabkan pembukaan kelenjar dan lemak berkumpul . lemak yang terkumpul akan menutup liang kelenjar hingga ia tersumbat dan menyebabkan mata bengkak seolah-olah ketumbit . jika dibiarkan membengkak teruk dan melibatkan seluruh kelopak mata kita .


TIPS!! CUCI SOLEKAN MATA!

:h: mencuci mata menggunakan syampu bayi yang diletakkan pada putik kapas . lap kelopak mata perlahan-lahan untuk menanggalkan solekan mata .

P/S sekadar perkongsian ..
suKer?Like~~

0 orang nk share dgn sayer:

Post a Comment

~~ assalamualaikum ...
~~ trimas yew sudi singgah ...
~~ bley ar tinggalkan coomment korank kt sini ..

copyright@nukilan di atas adalah hak milik schafyza